Followers

Friday, May 11, 2012

bebas macamana ?

pak atan nak torak pasal kebebasan.. sblm tu, apa makna kebebasan ? pak atan tanya kat salesgirl di wikipedia, dia jawab macam ni :
Kebebasan secara amnya difahami sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
Seseorang yang berpegang kepada fahaman individualisme dan liberalisme menerima kebebasan sebagai ketiadaan paksaan atau ugutan luar. 
Sosialisme pula memahami kebebasan sebagai pembahagian kuasa yang samarata di dalam masyarakat dengan mengatakan bahawa kebebasan tanpa kesamarataan adalah serupa dengan penjajahan oleh mereka yang berkuasa.
sebenarnya, kalau nak torak pasal kebebasan ni, sampai bila pun tak habis. kalau kita hidup bebas sebebas-bebasnya, nak telanjang bogel tibai bontot binatang lain, nak makan ikut telinga ikut hidung lantak kaulah nak buat apa pon, sebenarnya, kita masih akan rasa terkongkong. percayalah !!! sebab sifat manusia itu, takkan merasa puas dengan apa yang sedang dinikmati oleh mereka. 


hampir sepuluh tahun dulu, pak atan pernah dengar khutbah jumaat disampaikan oleh khatib dari negara jiran.  khutbah jumaatnya sama seperti ceramah agama, ada unsur jenaka, ada unsur sinis, tanpa membaca sebarang teks ! antara isi khutbah yang pak atan ingat sampai sekarang ialah khatib tersebut menyelar sesetengah manusia yang sering mempersoalkan apa saja benda yang tak kena di depan matanya.  contohnya, mempersoalkan kenapa kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa kena mengerjakan haji, kenapa haram kenapa halal, kenapa itu, kenapa ini ..... khatib tu jawab mudah saja : tuhan dah bagi arahan macam tu, ikut sajalah.. banyak soal pulak !! tuhan cipta kita, dia yang lebih tahu apa yang bagus buat manusia !! manusia paling cerdik di dunia ini pun tak tahu apa yang manusia inginkan !

jadi, kalau nak berjuang menuntut kebebasan tu, sedarlah sikit... kita nak bebas macamana lagi ? jadi manusia, ada had ada batasnya ! orang yang ada agama, tentu tahu sangat pasal hal ni .......