Followers

Tuesday, November 13, 2012

apa rakyat mahu ?

apa rakyat mahu ? soalan yang paling mudah, tapi sebagai pemerintah, tak kira dari BN atau Pakatan, pak atan yakin amat sukar melaksanakan apa yang rakyat mahu atau dalam erti kata lain, susah nak puaskan hati semua orang. 

tengok dalam keluarga kita sendiri sudah cukup, kalau ada 10 orang adik beradik, 5 orang nak makan nasi ayam, dan 5 lagi nak makan nasi kambing, si ibu yang memasak nak sediakan makanan apa ? maka si ibu akan menggunakan kuasa vetonya dalam membuat keputusan. kalau dalam kerajaan, siapa yang memegang kuasa veto ? dah tentu agong kalau bukan perdana menteri (itu telahan pak atan saja yang tak berapa pandai sistem2 kerajaan ni...) 

melihat kepada negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan, pak atan lihat tak ada bezanya dengan pentadbiran BN sebelum itu. masih ada isu yang remeh temeh, masih ada kekurangannya. alasan mereka, mereka baru mentadbir satu penggal. 

pak atan nak bagitau sikit, kalau kata tak tau mentadbir dan hanya tahu berpolitik, hentikanlah niat nak menawan mana2 jajahan... kalau dah betul2 faham pentadbiran dan dah bersedia dengan formula pentadbiran yang baru dan lebih baik dari pentadbiran yang sedia ada, pak atan akan sokong kamu ! 

kalau setakat megah di fb dan di malaysiakini, rentikanle projek nak berkuasa tu ... !!


pssssttt ...  tahun 2008, Pakatan menang sebab ramai orang protes pak lah, Pakatan sendiri pun tak sangka akan menang, bila dah menang, kelam kabut.. keh keh keh