Followers

Sunday, April 29, 2012

PM dari DAP ?

artikel ni pak atan petik dari facebook Anti-PKR Club.
pak atan terpanggil untuk mengongsinya di laman tanah log ini sebab rasa bertanggungjawab utk sebarkan maklumat sebegini.

Rahsiakan dari Pengetahuan PAS - PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...

Wednesday, April 25, 2012

penganjur perhimpunan minta maaf

merujuk gambar di atas, pak atan suka betul bila dengar penganjur minta maaf... berulang kali dia sebut maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami.. sebab apa ?




sebab kerusi tak cukup ! ramai sangat yang datang pakai baju 1malaysia dan baju kaler biru yang ada lambang dacing !



kenapa pak atan tak sokong bersih yang kuning

pak atan nak ulas sikit tulisan amin iskandar dalam malaysiakini (baca sini)

dalam satu perenggan, amin iskandar menyatakan :
Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.
ya, pak atan setuju. cuma nak tanya, apa yang kerajaan sekarang ni jajah ? siapa yang kena jajah ? minoriti atau majoriti rakyat ? kalau kerajaan pembangkang memerintah, itu pun kan menjajah juga namanya ? kalau bangsa sendiri pun yang memerintah dikatakan penjajah, amin iskandar nak bangsa lain perintah ke ?

lagi satu perenggan, 

Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium. Mengapa?
Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.
Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

masyaallah... amin ni suka tengok negara kita tak ada pelabur ? suka tengok rakyat takde kerja ? suka tengok malaysia ni kucar-kacir ? kalau negara jadi miskin, tak ada pelabur, makin ramailah yang jadi pelacur... patut la kat selangor kedah penang banyak pelacur... dan dia memang mengaku yang memang tujuannya hendak menjatuhkan kerajaan melalui pilihan jalan raya !! ooo.. patut la banyak kemalangan jalanraya.. uh uh uh ..

perenggan lain :

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.
tengoklah .. dia samakan malaysia dengan burma.. (er Myanmar laaa, tau ketidak pasal dunia luar ?). myanmar pun sebenarnya dah jadi papan catur kuasa besar macam Amerika Syarikat (AS), China, Rusia dan India sebab masing-masing ada kepentingan di negara itu.  apa yang berlaku di mynamar bukan sebab kerajaan junta pimpinan Jeneral Than Shwe dan Aung San Suu Kyi, malah melibatkan pemain-pemain antarabangsa.  Campur tangan AS jelas bila dia sekat ekonomi kerajaan junta.agaknya, amin ni suka negara dia kena sekat kot... !  dia kata  pilihanraya negara kita ni tak bebas dan adil.  kalau betul malaysia tak bebas dan adil, dah tentu kedah, selangor, penang seme tak jatuh ke tangan pak atan... ops.. pakatan.

perenggan lain :

Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.
Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut.
Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.
ek elehhh.. ambiga tu rakyat ke yang lantik ? pilihanraya bila ? dan kalau dia pun bukan pilihan rakyat, kenapa perlu dengar cakap dia ? dan kenapa perlunya perhimpunan yang tidak mendapat restu banyak pihak hanya semata-mata kerana hendakkan perhatian dunia ? kenapa tidak melakukan sesuatu yang direstui banyak pihak dan pada masa yang sama dikenali di mata dunia ?


ini semua saja cari pasal nak jatuhkan kerajaan melayu je ni..



Monday, April 23, 2012

Bee Eay Bee Ai

Artikel di bawah dipetik di sini dan juga di sini.

BABIHUB DI SHAH ALAM, TAHNIAH KHALID SAMAD!

Kedai Jual Daging Babi Kini Bebas Dibuka Di Shah Alam

Shah Alam mula dibuka pada pada 1963. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baru. Nama Shah Alam sendiri dipilih di atas perkenan baginda.

Shah Alam telah diistiharkan sebagai Bandar Melayu Bestari dan penduduknya juga telah ditetapkan 60 % adalah orang-orang melayu yang beragama islam. Sebarang premis perniagaan arak, judi, hiburan dan jualan daging babi secara terbuka tidak dibenarkan di Shah Alam.

Suasana telah berubah selepas PRU 12 pada 2008. Selepas diperintah PKR yang didukung kuat oleh DAP, kesucian Shah Alam telah dinodai. Satu persatu rumah urut dibuka. Diikuti dengan pub, dan juga pawagam. 


Gambar di atas dirakam di Kemuning Greenville Seksyen 31 Shah Alam. Kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu yang agak besar di Shah Alam iaitu Kampung Jalan Kebun. Manakala kedai tersebut pula terletak sebaris dengan sebuah restoran melayu serta premis perniagaan lain termasuk premis orang-orang islam.

Inilah yang selalu dikatakan oleh banyak pihak. Apabila ada kuasa yang sedikit dan memerintah sebuah negeri PKR dan PAS telah tunduk kepada DAP. Jika ditakdirkan mereka memerintah negara, lagilah teruk mereka akan tunduk kepada DAP.

psssttt : 


 pekerja hantar babi

babi-babi untuk korban

menu : rendang babi

Harga T-Shirt


1. sehelai t-shirt, paling murah yang pak atan pernah jumpa sama ada di carrefour, giant atau tesco harganya rm4.00  

2. kalau 500 helai ?  rm4.00 x 500 = rm2 ribu  

kalau 500,000 helai ?  rm4.00 x 500,000 = rm2 juta !  

3. itu kalau plain t-shirt atau t-shirt kosong. kalau siap bercetak ? katalah kosnya tetap rm4.00 jugak, jadi jumlahnya rm2 juta. WOW ! 

4. ok. katalah 500,000 orang membeli t-shirt itu dengan harga rm5 sehelai, maka penjual akan untung rm1. 

jadi : 500,000 x rm1.00 = rm500,000 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS RIBU SHJ). WOWWW !! 

itu kalau penjual ambil untung rm1.  kalau dia ambil untung rm2 ? rm3 ? FOOOOOOOOOH !  

5. cuba tengok perbezaan harga dari penjual-penjual di bawah. 

yang di atas tu, t-shirt dijual dengan harga rm23, tidak termasuk kos penghantaran. yang kat bawah ni, dijual dengan harga rm15. 


6. tapi, pak atan taknak tuduh bukan2, mana tau  kualiti t-shirt harga rm15 tak sama dengan kualiti t-shirt harga rm23. selalunya, yang lebih mahal, mungkin tahan lasak dan mungkin juga tahan asap serta kalis pemedih mata... 

7. jadi, jangan cakap banyak, jom kita pakat2 jual t-shirt !! lagi banyak, lagi untung... marilah kita tingkatkan ekonomi dengan menjual t-shirt !


psssst.. : kalau kita beli rm15, pastu jual harga rm23, untung rm8 !! 
rm8 x 500,000 = BANYAK TUUUUUUUUU ! 

tapi, kalau pendidikan pun nak percuma, takkan t-shirt tak boleh bagi FREEE ?? ni yang pak atan musykil nih... 

Thursday, April 19, 2012

Apa tu ?

siapa tau apa gambar di atas ? fyi, ianya sejenis rendang.. tapi rendang apa ?

Sajak A Samad Said

1. pak atan berpeluang ke satu tempat di putrajaya, tak payahlah sebut di mana.
2. apa yang pak atan nampak di situ ? nah... ini gambarnya.. 



 3. lepas tu, pak atan tertanya-tanya.. tahun 2005, zaman pak lah.. mana sajak untuk pak lah ? hmmmm..


Tuesday, April 17, 2012

Belajar Free


1. Melihat kepada perkembangan terkini, Pak Atan nak sarankan supaya PM tidak lagi melakukan sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dengan membina kemudahan seperti sekolah, universiti, bilik kuliah dan sebagainya supaya anak cucu kita selesa belajar.  Ternyata segelintir dari mereka lebih selesa belajar di bawah panas terik matahari tanpa air-cond dan mungkin mereka lebih mudah belajar dengan cara sedemikian.

2. Jika ini yang mereka mahu, untung la kerajaan.. tak payah keluar duit juta-juta bina kemudahan untuk belajar. Ayuh, hentikan segala bentuk pembinaan universiti, kolej, bilik kuliah, sekolah dan sebagainya !!

 
3. Mungkin kita tak perlu lagi kemajuan dan jadi seperti mereka ? Mesti seronok..Ayuh jadi seperti mereka di bawah ini .. !!!






pssssttt .. Orang Afrika sendiri pun ramai datang Malaysia kononnya nak belajar, kita pulak nak ke sana .. Tapi Pak Atan yakin, majoriti rakyat tidak mahu jadi seperti mereka.. (ye ke ?)

Akta baru kekang keganasan

 KUALA LUMPUR 16 April – Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 akan mengekang kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dengan kata lain jika terdapat mana-mana parti politik yang berhajat merubah teras pemerintahan negara kepada teokratik, maka mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat.

Akta Kesalahan Keselamatan) Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri. 

“Lindung jamin terbesar dalam akta ini adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen,” kata beliau.

Tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru itu iaitu untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-
i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.
ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.
iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Rujuk sini untuk berita penuh.

Pak Atan sokong mana yang baik.  Betullah sangkaan Pak Atan selama ni bahawa para demonstran yang mengada-adakan demo sana sini tu, bukanlah mewakili suara majoriti rakyat.  Kalau betul mereka dakwa mereka adalah suara majoriti rakyat, buktikanlah dengan peti undi dan tunjukkanlah dengan statistik yang sahih. Kalau tidak, duduk  diam-diam, dengar kata majoriti.

pssstt .. Pak Atan baru lepas tengok cerita Game Change kat HBO... try la cari cerita tu.. torrent banyak..

Monday, April 16, 2012

Zalim ?


1. Apa itu zalim ? Cuba try google dan dapatkan maksudnya di wikipedia.

2. Antara yang Pak Atan dapat ialah :

Didalam Al-Qur'an zalim memiliki beberapa makna, di antaranya dalam beberapa surah sebagai berikut:

• Al Baqarah 165 dan Huud 101, orang-orang yang menyembah selain Allah.
• Al Maa-idah 47, karena menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
• Al Kahfi 35, zalim pada ayat ini sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
• Al-Anbiyaa' 13, Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemooh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
• Al 'Ankabuut 46, Yang dimaksud dengan orang-orang yang zalim pada ayat ini adalah orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.

3. Kalau ikut surah Al Baqarah, pemimpin yang bukan beragama Islam adalah zalim ?


4. Mengikut hawa nafsu dan merugikan orang lain ?


5. Zalim di ayat Al Kahfi 35, dan Al-Anbiyaa' 13, biarlah anda fikir sendiri.

6. Bagaimana pula mereka seperti dalam ayat Al 'Ankabuut 46 ?





7. Antara hadis berikut juga Pak Atan perolehi melalui wikipedia yang sama:

  • Dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Muhammad pernah mengatakan bahwa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."
  • Dari kisah Abu Dzar Al-Ghifari dari Rasulullah sebagaimana ia mendapat wahyu dari Allah bahwa Allah berfirman: "Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim."
  • Dalam hadits lain Muhammad bersabda, "Takutlah kalian akan kezhaliman karena kezhaliman adalah kegelapan pada hari Kiamat"

8. Kita biasa dengar penganut ajaran politik tertentu dengan sewenang-wenang menggunakan perkataan zalim terhadap pemimpin lawan mereka. Tahukah mereka apa maksud zalim itu ?  Melihat trend politik masakini, baik pembangkang atau pemerintah, rasanya kita sedang, telah atau pernah melakukan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadis yang pertama.

9. Dalam hadis kedua pula, diharamkan oleh baginda untuk kita saling zalim menzalimi sesama insan, apatah lagi kita sesama agama dan bangsa.  Hadis ketiga pula, baginda mengingatkan lagi supaya kita menjauhi perbuatan zalim.  

10. Jadi, usahlah kita memburuk-burukkan orang lain dan mengatakan orang lain zalim sedangkan hakikatnya kezaliman diri kita sendiri sedang dinilai oleh Yang Maha Kuasa.  

11. Pentas politik hanyalah pentas semata dan janganlah sekali-kali kita memupuk semangat kebencian terhadap lawan, apatah lagi lawan kita itu satu bangsa, satu agama malah satu mazhab dengan kita, melainkan jika mereka 'menzalimi' kita, tak kiralah parti mana yang anda anuti.  



Sunday, April 15, 2012

MAHA KURANG AJAR !


Ini jawapan Mahasewel tentang perbuatan mereka mengalungkan gambar PM dan Menteri Pengajian Tinggi bunga seperti adat kematian Agama Hindu...




  - Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini.

Beliau mengulas mengenai tindakan­ mengalungkan bunga dan meletakkan replika batu nisan pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin ketika demonstrasi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan skim Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kelmarin.

Ni Pak Atan nak cakap sikit :

1.  Mana punya ajaran korang anuti tu woi ? Dah teruk sangat ke ajaran Islam sampai korang nak ikut Hindu ? Tapi, tak pelah kan, geng2 diorang jugak yang nak kesamarataan agama.. 

2. Memang kamu tak payah rasa berdosa, sebab Pak Atan pun dah tak kisah tengok kamu nak tergolek ke, nak kena liwat ke... Cuma Pak Atan sedih sikit tengok kamu tu.. Pak Atan kenal kamu, Pak Atan kenal mak bapak kamu.. dulu masa kecik2, wah bukan main lagi, salam tangan Pak Atan sampai cium2... sekarang ? Huh... 

3. Nanti raya, kalau kamu datang rumah Pak Atan, Pak Atan mintak maaf ye.. Pak Atan tak dapat melayan kamu sebab hati Pak Atan sangat terguris nengok kamu macam beraya Thaipusam.. Tunggu Thaipusam nantilah Pak Atan bagi duit raya yee.. 

4. Kepada mak bapak kamu sekalian, Pak Atan nasihatkan bersabarlah.. Sedangkan anak Nabi Nuh a.s. pun menderhaka kepada baginda, apatah lagi anak kita.. Kita berdoalah supaya anak-anak kita kembali ke ajaran yang benar.  

Bersih ? Bersin ?



1. Pak Atan nak torak pasal bersih. Diorang sibuk pasal pilihanraya yang tak adil, tak telus, tak bersih. Kalau teruk benar sistem pilihanraya di Malaysia ni, apehal yang PRU lepas banyak negeri jatuh ke tangan pakatan ?

2. Mana pergi demokrasi yang diorang dok laung2 tu ? Diorang ingat peserta bersih tu mewakili MAJORITI suara rakyat ke ? Kalau ya, sila lampirkan STATISTIK ! Dan jika benar statistik menunjukkan bahawa bersih itu mewakili suara rakyat majoriti, Pak Atan sendiri akan jadi kepala demo !!!

3. Benarkah dana bersih itu diperoleh dari dana asing ? Jika tak benar sekalipun, kenapa perlu diadakan di seluruh dunia dan diperlihatkan ke mata dunia luar? Tidakkah ini mencerminkan bahawa rakyat Malaysia tak tahu menangani isu domestik negaranya sendiri ? Kalaulah nama Pak Atan ini Henry Kauffman, tentu Pak Atan akan cakap begini :"What a stupid Malaysians, they are not capable of handling their domestic issues and they need foreign forces to change their government !"

4. Kalau kita tak puas hati, kita kena usaha dengan cara lain, bukan dengan cara memalukan negara dengan demo aka riot yang memang menjadi buruan para journalist antarabangsa.

5. Lagi satu, diorang suruh pikir pasal generasi akan datang. Macam tu ke cara diorang didik anak2 diorang, iaitu melalui cara yang tidak direstui oleh MAJORITI rakyat Malaysia ? Kalau anak Pak Atan, Pak Atan akan nasihat supaya dengar kata suara majoriti.  Kita hidup demokrasi, kena dengar kata majoriti dan kalau kita masih tak puas hati juga, kita kena dengar suara majoriti.  Kalau tak, buat apa kita ada sistenm demokrasi ?

Aktifkan !

Hah !!! Gua punya blog baru nak aktif.. Aktifkan !!