Followers

Wednesday, April 25, 2012

kenapa pak atan tak sokong bersih yang kuning

pak atan nak ulas sikit tulisan amin iskandar dalam malaysiakini (baca sini)

dalam satu perenggan, amin iskandar menyatakan :
Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.
ya, pak atan setuju. cuma nak tanya, apa yang kerajaan sekarang ni jajah ? siapa yang kena jajah ? minoriti atau majoriti rakyat ? kalau kerajaan pembangkang memerintah, itu pun kan menjajah juga namanya ? kalau bangsa sendiri pun yang memerintah dikatakan penjajah, amin iskandar nak bangsa lain perintah ke ?

lagi satu perenggan, 

Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium. Mengapa?
Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.
Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

masyaallah... amin ni suka tengok negara kita tak ada pelabur ? suka tengok rakyat takde kerja ? suka tengok malaysia ni kucar-kacir ? kalau negara jadi miskin, tak ada pelabur, makin ramailah yang jadi pelacur... patut la kat selangor kedah penang banyak pelacur... dan dia memang mengaku yang memang tujuannya hendak menjatuhkan kerajaan melalui pilihan jalan raya !! ooo.. patut la banyak kemalangan jalanraya.. uh uh uh ..

perenggan lain :

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.
tengoklah .. dia samakan malaysia dengan burma.. (er Myanmar laaa, tau ketidak pasal dunia luar ?). myanmar pun sebenarnya dah jadi papan catur kuasa besar macam Amerika Syarikat (AS), China, Rusia dan India sebab masing-masing ada kepentingan di negara itu.  apa yang berlaku di mynamar bukan sebab kerajaan junta pimpinan Jeneral Than Shwe dan Aung San Suu Kyi, malah melibatkan pemain-pemain antarabangsa.  Campur tangan AS jelas bila dia sekat ekonomi kerajaan junta.agaknya, amin ni suka negara dia kena sekat kot... !  dia kata  pilihanraya negara kita ni tak bebas dan adil.  kalau betul malaysia tak bebas dan adil, dah tentu kedah, selangor, penang seme tak jatuh ke tangan pak atan... ops.. pakatan.

perenggan lain :

Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.
Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut.
Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.
ek elehhh.. ambiga tu rakyat ke yang lantik ? pilihanraya bila ? dan kalau dia pun bukan pilihan rakyat, kenapa perlu dengar cakap dia ? dan kenapa perlunya perhimpunan yang tidak mendapat restu banyak pihak hanya semata-mata kerana hendakkan perhatian dunia ? kenapa tidak melakukan sesuatu yang direstui banyak pihak dan pada masa yang sama dikenali di mata dunia ?


ini semua saja cari pasal nak jatuhkan kerajaan melayu je ni..