Followers

Tuesday, April 17, 2012

Akta baru kekang keganasan

 KUALA LUMPUR 16 April – Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 akan mengekang kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dengan kata lain jika terdapat mana-mana parti politik yang berhajat merubah teras pemerintahan negara kepada teokratik, maka mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat.

Akta Kesalahan Keselamatan) Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri. 

“Lindung jamin terbesar dalam akta ini adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen,” kata beliau.

Tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru itu iaitu untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-
i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.
ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.
iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Rujuk sini untuk berita penuh.

Pak Atan sokong mana yang baik.  Betullah sangkaan Pak Atan selama ni bahawa para demonstran yang mengada-adakan demo sana sini tu, bukanlah mewakili suara majoriti rakyat.  Kalau betul mereka dakwa mereka adalah suara majoriti rakyat, buktikanlah dengan peti undi dan tunjukkanlah dengan statistik yang sahih. Kalau tidak, duduk  diam-diam, dengar kata majoriti.

pssstt .. Pak Atan baru lepas tengok cerita Game Change kat HBO... try la cari cerita tu.. torrent banyak..