Followers

Sunday, April 15, 2012

Bersih ? Bersin ?



1. Pak Atan nak torak pasal bersih. Diorang sibuk pasal pilihanraya yang tak adil, tak telus, tak bersih. Kalau teruk benar sistem pilihanraya di Malaysia ni, apehal yang PRU lepas banyak negeri jatuh ke tangan pakatan ?

2. Mana pergi demokrasi yang diorang dok laung2 tu ? Diorang ingat peserta bersih tu mewakili MAJORITI suara rakyat ke ? Kalau ya, sila lampirkan STATISTIK ! Dan jika benar statistik menunjukkan bahawa bersih itu mewakili suara rakyat majoriti, Pak Atan sendiri akan jadi kepala demo !!!

3. Benarkah dana bersih itu diperoleh dari dana asing ? Jika tak benar sekalipun, kenapa perlu diadakan di seluruh dunia dan diperlihatkan ke mata dunia luar? Tidakkah ini mencerminkan bahawa rakyat Malaysia tak tahu menangani isu domestik negaranya sendiri ? Kalaulah nama Pak Atan ini Henry Kauffman, tentu Pak Atan akan cakap begini :"What a stupid Malaysians, they are not capable of handling their domestic issues and they need foreign forces to change their government !"

4. Kalau kita tak puas hati, kita kena usaha dengan cara lain, bukan dengan cara memalukan negara dengan demo aka riot yang memang menjadi buruan para journalist antarabangsa.

5. Lagi satu, diorang suruh pikir pasal generasi akan datang. Macam tu ke cara diorang didik anak2 diorang, iaitu melalui cara yang tidak direstui oleh MAJORITI rakyat Malaysia ? Kalau anak Pak Atan, Pak Atan akan nasihat supaya dengar kata suara majoriti.  Kita hidup demokrasi, kena dengar kata majoriti dan kalau kita masih tak puas hati juga, kita kena dengar suara majoriti.  Kalau tak, buat apa kita ada sistenm demokrasi ?

No comments:

Post a Comment