Followers

Monday, April 23, 2012

Harga T-Shirt


1. sehelai t-shirt, paling murah yang pak atan pernah jumpa sama ada di carrefour, giant atau tesco harganya rm4.00  

2. kalau 500 helai ?  rm4.00 x 500 = rm2 ribu  

kalau 500,000 helai ?  rm4.00 x 500,000 = rm2 juta !  

3. itu kalau plain t-shirt atau t-shirt kosong. kalau siap bercetak ? katalah kosnya tetap rm4.00 jugak, jadi jumlahnya rm2 juta. WOW ! 

4. ok. katalah 500,000 orang membeli t-shirt itu dengan harga rm5 sehelai, maka penjual akan untung rm1. 

jadi : 500,000 x rm1.00 = rm500,000 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS RIBU SHJ). WOWWW !! 

itu kalau penjual ambil untung rm1.  kalau dia ambil untung rm2 ? rm3 ? FOOOOOOOOOH !  

5. cuba tengok perbezaan harga dari penjual-penjual di bawah. 

yang di atas tu, t-shirt dijual dengan harga rm23, tidak termasuk kos penghantaran. yang kat bawah ni, dijual dengan harga rm15. 


6. tapi, pak atan taknak tuduh bukan2, mana tau  kualiti t-shirt harga rm15 tak sama dengan kualiti t-shirt harga rm23. selalunya, yang lebih mahal, mungkin tahan lasak dan mungkin juga tahan asap serta kalis pemedih mata... 

7. jadi, jangan cakap banyak, jom kita pakat2 jual t-shirt !! lagi banyak, lagi untung... marilah kita tingkatkan ekonomi dengan menjual t-shirt !


psssst.. : kalau kita beli rm15, pastu jual harga rm23, untung rm8 !! 
rm8 x 500,000 = BANYAK TUUUUUUUUU ! 

tapi, kalau pendidikan pun nak percuma, takkan t-shirt tak boleh bagi FREEE ?? ni yang pak atan musykil nih...